Wednesday, June 25, 2014

ApE iTU 'CoUpLe'

‎'Couple' Yang Halal




Indah kan kita bercinta?

Indah kan bila kita saling merindu?

Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?

Indah kan bila kita saling meluangkan masa?

Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?



“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).

Cinta tu fitrah,

Cinta tu indah.

Dan lagi indahnya cinta itu,

Bila 'i love you'

Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!




Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.

'Couple' lain semua bercinta

Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah

'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa

Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.

Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.

Indah kan?


Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)

ThE StoRy

Aku Telah di UJI..Kamu?


Ya Allah yang Maha Agung dan yang Berkuasa di seluruh muka bumi ini...
Sesungguhnya aku telah di uji dengan ujian yang amat berat sekali bagiku.......
Aku redha dengan segala ujianMU ini, janganlah engkau uji aku dengan ujian yang tidak sanggup aku hadapinya Ya Allah !
Aku pasrah dengan semua ujianMU..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ” – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” – Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB: “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. ” – Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA
QURAN MENJAWAB: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ” – Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?” – Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!
QURAN MENJAWAB: “.. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. ” – Surah Yusuf ayat 12

ToKoH IsLaM

Puisi Terakhir Imam Syafie


Puisi terakhir Imam Syafie ini dialunkan tatkala Imam Muzani menziarahi beliau diwaktu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya itu.

Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, bagaimana pula dengan kita?

Renungankan bersama...


Puisi Terakhir Imam Syafie

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu 

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــولحبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى 
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

ViSi & MiSi


VISI DAN MISI

VISI SEKOLAH
Menjadi sebuah Sekolah Agama Cemerlang yang dikagumi dan diteladani.

MISI SEKOLAH
Mendidik pelajar agar menjadi insan berkualiti berteraskan ilmu, iman dan akhlak mulia dengan mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dan sejahtera.


KeM pErKeMaHaN

Perkhemahan badan beruniform


Tempat : Kem Pengakap Telaga Batin, Kuala Terengganu
Peserta : 35 orang ahli badan  beruniform
Anjuran : Bahagian Pendidikan (JHEAT)
Guru Pengiring : 4 orang

Pencapaian ; Ketua Komandan Terbaik
Naib Johan Kawad Kaki
Naib Johan Penarafan Khemah (Perempuan)
Naib Johan Gubahan Rimba










TuGaS YaNg PeRlu DiLaKsAnAkAn

Tugas Guru Tingkatan


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-FALAH
24000 KEMAMAN
 SENARAI TUGAS GURU TINGKATAN

1.   Pengurusan dan Organisasi Kelas
      Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada:

  • Ketua Tingkatan, Penolong KetuaTingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan dan Keceriaan.
  • Memastikan AJK kebersihan menentukan pelajar untuk membersihkan papan tulis, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja, menyapu lantai dan membuang sampah.
  • Memastikan AJK keceriaan sentiasa mengemaskinikan papan kenyataan dari semasa ke semasa serta menyediakan langsir, alas meja guru, bunga meja dan lain-lain perhiasan yang sesuai.


2.   Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas :

  • Senarai pelajar di dalam kelas
  • Pelan kedudukan kelas.
  • Jadual Waktu.
  • Jadual Tugas Harian.
  • Carta Organisasi Kelas.
  • Motto Kelas / Sekolah dan Hala Tuju Sekolah/ Visi dan Misi Sekolah
  • Perabot kelas seperti kerusi, meja, almari, papan tulis diinventorikan.
  • Alatan kebersihan ada di dalam kelas seperti seperti bakul sampah, penyapu dan lain-lain yang bersesuaian.
  • Menentukan alatan elektrik, kipas angin dan lampu berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • Melaporkan perabot dan alatan elektrik yang rosak kepada pihak yang berkenaan.
  • Membimbing organisasi kelas yang dilantik supaya menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.
  • Mengadakan tabung kelas dan jumlahnya bergantung kepada budi bicara pelajar untuk tujuan keceriaan kelas dan kebajikan pelajar.


3.    Jadual Kedatangan Pelajar

  • Menandakan jadual kedatangan harian pelajar selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan kembali buku daftar kedatangan pelajar di pejabat.
  • Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam daftar kedatangan pelajar seperti nama penuh, nombor telefon waris yang boleh dihubungi serta alamat tempat tinggal yang jelas.
  • Memastikan data-data terkini pelajar di dalam kelas.


4.    Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti dan Surat Akuan Pelajar

  • Memastikan kemajuan pelajar direkodkan dalam Rekod Persediaan Mengajar atau dalam sebarang bentuk rekod (seperti fail atau disket) yang boleh dirujuk bila-bila masa.
  • Mengisi markah dan membuat laporan prestasi akademik pelajar, kurikulum dan fizikal dalam rekod pelajar bagi setiap penggal persekolahan.
  • Menyampaikan Rekod Prestasi pelajar kepada waris pelajar/penjaga.
  • Menyediakan dan mengisi:

           - Rekod markah bagi setiap peperiksaan sekolah sama ada melalui ’mark sheet ‘atau Key – in data
             dalam disket.
           - Sijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar kepada pelajar

5.    Kutipan Yuran dan Derma

  • Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar semua yuran sekaligus.
  • Mengutip Derma PIBG.
  • Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.
  • Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
  • Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Penolong Kanan.
  • Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.


6.    Pendaftaran Pelajar Baru.

  • Menerima kemasukan pelajar baru dari Penyelaras Tingkatan.
  • Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada PK HEM.
  • Menentukan penerimaan borang SPBT dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar tersebut mendapat buku teks.
  • Menyemak jika pelajar tersebut menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
  • Mempastikan penerimaan rekod kemajuan pelajar dan maklumat lain yang berkaitan dengan diri pelajar dari sekolah yang terdahulu.
  • Menentukan rumah sukan bagi setiap pelajar.


7.   Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin.

  • Memberi galakan dan merangsang minat pelajar terhadap akademik.
  • Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan penghargaan seperti hadiah jika perlu.
  • Sentiasa prihatin terhadap masalah pelajar.
  • Melaporkan kepada Guru Disiplin dan Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat kemerosotan sahsiah dan perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar.
  • Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.
  • Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur berikut:

           - Mengisi dua salinan borang Melanggar Peraturan Sekolah yang boleh diambil daripada penyelaras
             tingkatan atau Unit Disiplin Sekolah.
           - Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa / penjaga pelajar.

8.   Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan

  • Memastikan  buku teks diagih kepada pelajar, dibalut dan ditulis nama pelajar.
  • Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
  • Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan melaporkan kepada Guru SPBT.
  • Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
  • Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.


9.    Murid Keluar

  • Menentukan borang SPBT dan rekod kemajuan pelajar dihantar ke pejabat sekolah.
  • Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 Atas.
  • Menentukan kelulusan pertukaran murid telah diterima.
  • Menentukan buku teks telah dipulangkan.
  • Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pelajar.


10.   Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain.

  • Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.
  • Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama pelajar mengikut persatuan, kelab dan badan berunifom yang dipilih kepada penyelaras kokurikulum.
  • Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

Tuesday, June 24, 2014

TeNtAnG sEk0LaH sAyA

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH PENUBUHAN SMA AL FALAH
Sekolah Menengah Agama Al-Falah diasaskan dengan kerjasama dari orang-orang kampung. Dari sini terbentuknya sebuah jawatankuasa untuk mendirikan sekolah ini. Derma-derma dikutip daripada orang ramai bertujuan untuk mendirikan bangunan sekolah. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato' Khalid bin Haji Abdul Rahman dan beberapa ahli jawatankuasa, antaranya ialah Sheikh Omar, Pak Su Kar, Haji Wan Yahya dan lain-lain.
Melalui sepakat yang padu, jawatankuasa bersetuju membeli sebuah rumah dari Kampung Patoh, Hulu Kemaman untuk dijadikan sekolah. Setelah rumah itu dialih, ia dibawa ke tapak sekolah melalui Sungai Kemaman. Perjalanan melalui sungai ini mengambil masa selama satu hari. Tapak asal sekolah ini merupakan kawasan hutan paya dan semak samun.
Setelah selesai didirikan semula rumah ini, sekolah ini diberi nama "Madrasah Al-Falah". Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat seorang sahaja guru iaitu Ustazah Hajjah Sepiah binti Abas dari Sumatera (kini berada di Kuala Terengganu). Sambutan pada peringkat awal adalah sangat menggalakkan dari kaum ibu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Pada tahun pertama, lebih kurang enam puluh orang murid yang kesemuanya perempuan. Bahasa pengantar pada masa itu ialah Bahasa Arab.
Guru yang pertama merupakan seorang guru yang berpengalaman kerana beliau pernah bertugas di Pasir Mas, Kelantan. Setelah sebelas tahun berada di Kelantan, beliau berhajat untuk pulang ke Sumatera tetapi belum sempat berbuat demikian, beliau bertemu dengan Dr. Burhanuddin Helmi. Dr. Burhanuddin Helmi telah memujuknya supaya tinggal di Terengganu dan mengajar di sini. Beliau bersetuju untuk mengajar dan telah ditempatkan di Madrasah Al-Falah.
Melalui kesedaran yang mendalam di kalangan penduduk terhadap agama, maka ramailah anak-anak mereka dihantar ke sekolah ini. Setelah beberapa tahun sekolah ini ditubuhkan barulah pelajar lelaki diambil belajar di sini. Ramai di antara bekas pelajar telah berjaya dalam pelajaran dan bertugas dengan pemerintah.
Perkembangan sekolah ini terus maju ke hadapan dan pada 8 Februari 1944 sekolah ini dibuka dengan rasminya.